CH #6 : Dinner @ Glory 78 Steamboat Snack Corner

2:00:00 PM

Seperti yg di suggestkan oleh Mr.Kumai, kami menikmati steamboat di Glory 78 Steamboat Snack Corner.
Berhadapan dengan Fern Hotel.
Tepi jalan jer kedainya menghala ke Tanah Rata.

Glory 78 Steamboat Snack Corner
S-1, Batu 39, Jalan Brinchang
Cameron Highlands
05-4915778

Memandangkan kami ni dgn anak2, keselesaanadalah keutamaan kami.
Di sini sy rasa agak selesa jika anda berkeluarga compare to food court
Tempat yg selesa. senang nak bergerak.

Bukan sahaja steamboat. Tapi terdapat juga ala-carte, western & dll.
Sy tak pasti adakah dibuka waktu siang, tapi ketika kami melalui jam 3 petang kelihatan sudah ade pelanggan.

Pada asalnya, mmg plan nak book/reserve meja. Tapi bila call tiada yg berjawab.
Makanya kami redah jer. Dari Night Market kami terus ke sini utk dinner.
Ketika kami sampai, masih lg byk meja kosong. Ade juga meja yg telah di reserve.
Tapi bila jam hampir ke 8.30 malam semakin ramai pelanggan datang utk dinner.

Plan kami adalah utk menikmati steamboat.
Harga setamboat : RM 23 per pax.
So, kami hanya ambil 3 pax utk makan 6 adult, 3 child.
Alhamdulillah....rasanya cukup2 jer utk kami semua.

Seperti biasa boleh wat pilihan utk kuah tomyam/sup.
Kedua-dua pun bleh. Rasanya just OK.

Husband kata sedap lg Johny steamboat.

Dah makan steamboat ade plak yg terasa nak makan lamb chop.
Sy plak teringin nak ice cream goreng. mcm2 order tambahan.

Total : RM 122 utk 6 org dewasa

 
















You Might Also Like

1 comments

  1. salam, pada tarikh 28/9/2013 pukul 10.00pm .. saya dah keluarga bilangan 15orang (termasuk kanak2) datang ke restorant - STREAMBOAT SNACK CORNER ini utk makan steamboat, tetapi service di sini sangat2 MENDUKACITAKAN..pada waktu itu mungkin agak lewat sebab itu kami tanya dulu seorang pelayan disini masih boleh ambil order kah? then pelayan itu keta boleh. waktu itu kebanyakan pelanggan sudah mula beredar dan pelayan2 disitu hanya sibuk mengemas meja dan tidak fokus pada pelanggan yg baru sampai. Lebih teruk lagi staff2 dia bahagia kaunter dan dapur asik bergurau senda antara satu sama lain dan seakan tidak peduli setiap permintaan kami contoh nya utk menggabung kan meja dan mengambil order.
    Anne, penang

    ReplyDelete